Semakan BPR 2021, Cara Kemaskini Maklumat & Tarikh Bayaran

Mulai 15 Januari, rakyat Malaysia boleh mula membuat permohonan baharu, mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat atau membuat semakan BPR 2021 melalui laman web rasmi https://bpr.hasil.gov.my/.

Siapa yang perlu membuat permohonan baharu?

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Siapa yang perlu membuat KEMASKINI maklumat?

Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah : Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus

semakan bpr 2021

Semakan BPR 2021 (Kategori Kelayakan)

Kategori kelayakan bagi permohonan BPR 2021 adalah seperti berikut:

i. KATEGORI ISI RUMAH

Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan atau info perniagaan, sila ikuti channel Telegram kami di YH MARKETING

  • Kahwin; atau
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas

Kriteria Kelayakan

a) Pemohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

b) Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

c) Anak (jika mempunyai anak)

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan had umur:
    • 17 tahun dan ke bawah; atau
    • 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

ii. KATEGORI BUJANG

  • Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Had umur:
    • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU

Kriteria Kelayakan

Pemohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Lelaki atau wanita yang berumur:
    • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU

Cara Permohonan & Kemaskini Maklumat

Ada 3 cara membuat permohonan atau kemaskini maklumat

  1. Secara dalam talian : https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Cetak Borang Permohonan BPR melalui Portal Rasmi BPR
  3. Hadir ke Cawangan LHDNM ; Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM ; Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Pasangan:
    • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  3. Anak:
    • Anak Kandung
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Lahir
    • Anak Angkat
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Tarikh Kemaskini Maklumat & Permohonan BPR 2021

Pendaftaran BPR 2021 bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15
Februari 2021 (
tertakluk kepada perubahan).

Semakan Status Permohonan BPR 2021

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile BPR (akan datang)
    Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

*Nota: Setiap permohonan akan diverifikasi sepenuhnya berdasarkan data agensi seperti dalam rajah di bawah:

Tarikh Bayaran BPR & Kadar Bantuan

Bayaran bagi yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:

  • Fasa 1 – April / Mei 2021
  • Fasa 2 – September / Oktober 2021

Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan <RM2,500
    • 1 orang anak RM1,200
    • 2 orang anak atau lebih RM1,800
  2. Isi rumah berpendapatan RM2,001 – RM4,000
    • 1 orang anak RM800
    • 2 orang anak atau lebih RM1,200
  3. Bujang berpendapatan <RM2,500
    • 21 tahun ke atas RM350
semakan bpr

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Tentang Semakan BPR

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  2. Aplikasi Mobile BPR (akan datang)
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
YH Marketing...Subscribers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *