APAKAH ITU AUTOSWAP DAN APAKAH FUNGSINYA

Jika anda masih baru lagi dalam “dunia” telegram ni, anda mungkin mempunyai persoalan berkaitan bagaimana caranya untuk anda ada followers atau subscribers bagi channel anda?

Persoalan tentang Rx Lite - Rx Lite Sauna

anda mungkin seorang student, seorang usahawan, seorang pengkarya dan sebagainya. ada memiliki group, atau mungkin hanya channel sahaja.

bagi mereka yang tidak tahu apakah itu fungsi group dalam telegram, biar admin terangkan fungsinya. group ini merupakan satu platform komunikasi dua hala. maksudnya jika anda post dalam group, orang lain pun boleh post dalam group anda. orang lain juga turut sama boleh mengetahui siapakah followers group anda. dan mereka juga boleh message secara peribadi dengan followers group anda.

Russia to block Telegram app over encryption - BBC News

bagi admin, jika anda buat perniagaan, group ni hanya bagus jika berfungsi sebagai komen sahaja atas setiap posting anda di channel anda. sebabnya dari sudut privasi, group ni boleh terdedah kepada salahguna oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

sebagai contoh ada orang suka spam semua followers/subscribers yang dalam group dengan macam-macam iklan dan sebagainya sebabnya. Ini adakala menggangu sesetengah followers yang akhirnya akan menyebabkan mereka left group anda. maka sebagai solutionnya dalam telegram ada platform dinamakan channel.

channel ni bagus untuk mereka yang berkarya, student, usahawan kerana dalam channel ini hanya anda seorang sahaja yang boleh posting apa jua content dalam tu. hanya anda sahaja yang boleh tahu siapa yang follow anda. orang lain tidak boleh tahu siapa yang follow anda. inilah yang bagusnya tentang channel. anda boleh posting perniagaan atau karya anda tanpa diganggu oleh spammers.

tetapi persoalannya, bagaimana mahu menaikkan followers/subscribers channel pula? caranya adalah melalui autoswap. Autoswap ni adalah admin promote channel anda dalam channel orang lain, dan channel orang lain tu akan promote semula dalam channel anda. jadi akan keluar semacam iklan atau list dalam channel anda.

autoswap ni percuma, paid review pula berbayar. bezanya adalah autoswap iklan keluar dalam channel, paid review pula iklan tidak keluar dalam channel. admin hanya jadi sebagai orang tengah untuk menjalankan autoswap atau paid review sahaja.

admin sudah berpengalaman lebih dari 3 tahun dalam autoswap channel ini dan sudah semestinya @yhmarketing telah dipercayai oleh lebih dari beratus orang sepanjang tempoh itu kerana apa? kerana iklan yang tetap berjalan sehingga ke harini.

jika anda mahu buat seperti admin buat ni boleh tiada masalah tetapi rata-ratanya akan sampai separuh jalan sahaja sebab ape? sebab komitmen pada tugasan masing-masing. admin menjalankan autoswap dan paid review ini sepenuh masa dan tiada masalah dari segi promosi yang admin buat. jika ada masalah timbul hanya dari channel yang autoswap dengan admin.

adakala terdapat juga channel yang autoswap percuma ni tidak mengikuti peraturan yang admin tetapkan dan admin akan kenakan tindakan tegas iaitu berhenti promote channel mereka serta merta dan mereka tidak boleh mendapat promosi percuma lagi dari admin.

masalah bagi paid review pula adalah mereka beranggapan jika bayar paid review untuk sebulan, maka client akan datang tidak henti-henti dalam channel mereka untuk beli produk mereka yang menyebabkan channel mereka sentiasa naik subscribersnya.

tanggapan ini tidak tepat. ada bulan subscribers naik tinggi, ada bulan subscribers kurang peningkatan ada bulan malah subscribers turun. sebabnya setiap bulan lain perkara yang berlaku pada bulan itu.

sebagai contoh ada negeri yang kena perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), ada negeri tidak. ada negeri yang tidak dikenakan PKPB tetapi tidak dapat stock dari negeri yang kena PKPB. macam hujung tahun ni pula, biasa bulan 12 akan kurang sales atau subscribers naik sebabnya ada client yang berjimat untuk persekolahan tahun hadapan, ada client yang berjimat untuk bayar cukai LHDN, ada client yang menyimpan untuk masa-masa kecemasan tahun hadapan dan sebagainya.

Namun apa jua alasan sekalipun, perniagaan perlu tetap berjalan seperti biasa. jika anda paid review dengan admin, perlulah tetap promote dengan admin setiap bulan, jika channel anda tidak ada potensi kenaikkan, admin akan direct cakap dengan anda supaya anda tidak sia-siakan wang anda paid review dengan admin.

itulah sedikit sebanyak berkenaan autoswap dan paid review dengan @yhmarketing. semoga anda maju jaya dan stay safe, jaga diri jaga kebersihan diri dan keluarga anda. semoga kita dihindari dari pendamic covid-19 dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. in shaa Allah aamiin. jazakallahu khayran. ☺️❤️

sebarang pertanyaan tekan link ni 👉 CONTACT ADMIN

@yhmarketing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *