TRADE FOREX NI APA HUKUMNYA YA?

Sebelum tu bagi sesiapa yang tak pernah trade forex, dinasihatkan supaya tidak terus ke conclusion, trade dulu baru tahu. Bak Kata Umar

"Ikatan islam akan terurai ikatan demi ikatan jika tumbuh dalam islam orang yang tidak mengenal erti jahiliyah"

Jadi berbalik kepada persoalan forex haram dan haram, ada beberapa perkara yang menyebabkannya haram dan ada beberapa perkara yang menyebabkannya harus Yang haram untuk trade forex ni adalah jika anda trade tanpa ilmu. Anda guna fungsi COPYTRADE iaitu satu fungsi kita tiru trader yang berjaya, trade sama seperti mereka trade Jadi ini haram, kerana trade ikut-ikut ni adalah gharar iaitu kesamaran.

Jadi unsur gharar ni haram dalam islam. Selain itu ada juga unsur maisir iaitu judi kerana orang yang trade forex secara COPYTRADE ni tidak tahu apa yang dia perbuat pun. Sama macam judi, kalau beli satu nombor, hanya akan ada sorg je pemenang walhal forex tujuan asalnya bukan begitu

Selain itu trade secara SIGNAL juga haram, iaitu orang yang tak tahu trade, boleh follow trader yang berpengalaman. Kalau trader tu kata buy, dia buy, kalau sell dia sell. Inipun gharar dan haram sebab dia tidak tahu apa yang dibuat

 

Apa yang menyebabkan trade forex ni hukumnya harus adalah apabila trade kita tahu kenapa berlaku peningkatan harga dan pengurangan harga. “Appreciate and de-appreciate currency”

 

Inilah yang dinamakan supply and demand. Kalau sesiapa yang belajar ekonomi tahu tentang faktor micro dan makro ekonomi.

Bagi mereka yang kata beli wang secara fizikal dan kemudian jual itu sebagai “halal” tetapi bagi saya itu suatu tindakan yang “kurang bijak” kerana dalam trading forex secara online, apabila kita membuat keuntungan, kita masih lagi boleh membuat pengeluaran wang dalam USD dan apabila wang USD masuk ke dalam akaun kita maka akan jadi Ringgit Malaysia.

 

Jadi saya beranggapan yang mereka selalu “kaki depo” je yang merasakan trade forex ni haram sebab mereka tidak dapat keuntungan apa-apa ketika trade forex Sebab apa? Kebiasaannya trader yang krg berjaya dalam forex ni semua disebabkan “emotional intelligent” mereka.Terus terang saya katakan, trading forex blh membuat orang kaya namun jika anda tidak boleh mengawal emosi anda, terlalu gembira atau berduka maka anda tidak akn berjaya

Untuk isu syariah dalam pelaburan, di malaysia sahaja yang mengamalkan pelaburan syariah terutamanya dalam stock market. Boleh dikatakan 80% hingga 90% stock market di bursa malaysia patuh syariah tetapi kita jangan lupa juga, bagi mereka yang bekerja dan mendapat wang, jangan cepat je kata forex haram sebab gaji yang anda terima itu dalam matawang yang datang dari bank negara, dan bank negara ada trade forex juga cuma kita trade dengan institution trade adalah mereka mempunyai sistem tersendiri (expert advisor a.k.a. EA) dan kita pula trade secara manual dan emosi.

CONTOH EXPERT ADVISOR

Jadi bagi mereka yang mahu berkecimpung dalam dunia trading samaada stock market atau forex, bolehlah belajar terlebih dahulu pengurusan kewangan, tahu lebih dahulu cara mengurus wang yang betul.

 

Kemudian menuntut ilmu dengan mana-mana masta trader yang mahir dalam bidang forex atau stock market. Cuba dahulu baru tahu. Tapi kunci utama trading adalah melalui kata-kata ini

"bukan berapa banyak yang kamu boleh untung dalam trading tetapi berapa banyak yang kamu boleh simpan"

Semoga bermanfaat. Jazakallahu khayran. 

 

SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN PELABURAN, NASIHAT KEWANGAN DAN PERNIAGAAN BOLEH HUBUNGI KAMI DENGAN MENEKAN LINK BERIKUT:

Telegram : @yhmarketing

Twitter : @yhmarketing12

Whatsapp : Direct Message