BINA PORTFOLIO STOCK MARKET DALAM JANGKA MASA PANJANG

kenapa saya kata stock market ni sesuai untuk trade long term dan buildup portfolio jangka Panjang? ini penerangannya

pada tahun 2016, saya telah membeli stock bernama DUFU, dan pada waktu itu, saya masih lagi baru dalam stock market iaitu sekitar 1 tahun lebih. saya telah membelinya pada harga RM4975.06 dengan share sebanyak 8000 pada harga RM0.620

BELI DUFU PADA HARGA RM0.62 SEBANYAK 8000 SHARE (WARNA BIRU) BERJUMLAH RM4975.06

Namun disebabkan saya terlalu ghairah waktu itu mengejar untung dan tidak simpan lama stock tersebut. saya telah menjualnya dan mengalami kerugian sedikit. saya jual pada harga RM0.590 kesemua 8000 share dan saya mendapat semula wang dalam RM4705.01. Saya rugi RM270.05

JUAL DUFU PADA HARGA RM0.59 SEBANYAK 8000 SHARE (WARNA MERAH) BERJUMLAH RM4705.01 RUGI RM270.05 ATAU BERSAMAAN 5.43%

setelah hampir 4 tahun berlalu, stock DUFU telah meningkat menjadi RM6.68 sesaham.

DUFU MENINGKAT DARI TAHUN 2016 SEHINGGA TAHUN 2020 SEBANYAK 972.44%

ini contoh pengiraannya. untuk jangka masa Panjang, jika share ini masih disimpan saya akan untung 972.44%. Dan dari sinilah saya telah belajar bahawa stock market bagus untuk buildup portfolio untuk jangka masa Panjang. untuk cash flow yang terbaik adalah forex.

RAJAH PENGIRAAN 1
RAJAH PENGIRAAN 2

bagi mereka yang nak tahu lagi dua stock saya beli pada waktu itu iaitu DRBHCOM dan DRBHCOMC20, saya ade mendapat sedikit untung pada waktu itu dan cover loss untuk stock DUFU pada waktu tu.

BELI DRBHCOMC20 PADA HARGA RM0.07 SEBANYAK 30,000 SHARE BERHARGA RM2,112.15 JUAL SEMULA PADA RM0.125 SEBANYAK 30,000 SHARE BERHARGA RM3,736.32 DENGAN MEMPEROLEHI UNTUNG RM1,624.17 BERSAMAAN 76.90% KEUNTUNGAN
BELI DRBHCOM PADA HARGA RM1.14 SEBANYAK 2,500 SHARE BERHARGA RM2,862.39 JUAL SEMULA PADA RM1.20 SEBANYAK 2500 SHARE BERHARGA RM2,967.57 DENGAN MEMPEROLEHI UNTUNG RM105.18 BERSAMAAN 3.68% KEUNTUNGAN

semoga bermanfaat bagi traders yang baru berjinak dalam stock market. dan seperkara lagi jika mahu trade, trade motherstock instead of warrant stock. sebab warrant stock untuk short term trade dan ada Teknik khusus untuk trade. Jazakallahu khayran.