PAKEJ RM50 SUDAH TIADA? KENAPA NAIKKAN HARGA!

Sebelum admin terangkan lebih lanjut, admin mahu mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda dan kepercayaan anda dalam promosi paid review channel anda dengan kami!

Admin tahu langkah menaikkan harga paid review ini merupakan satu langkah yang amat-amat sukar bagi admin. Admin bukan mahu mengambil untung yang banyak pun dari paid review channel sebabnya admin tahu rata-rata client yang join paid review channel dengan admin merupakan peniaga yang baru mahu mula berniaga.

Sebelum menaikkan harga, admin telahpun mengambil langkah-langkah menambahbaik sistem promosi channel ke channel admin namun admin mendapat kesukaran dari segi mengawal bilangan channel yang promote bersama admin.

Bilangan channel itu bertambah dari masa kesemasa. Ramai yang mahu promote dengan admin, jika dulu yang admin ingat admin ada 1 slot sahaja untuk Paid Review dan Autoswap, sekarang ni admin memiliki 3 slot untuk paid review dan autoswap.

1 slot ada dalam 40 hingga 50+ channel. itu maksimum yang admin boleh tetapkan untuk 1 slot, tak boleh lebih daripada itu. sebab ape?

sebab admin mahu menjaga kualiti setiap channel yang admin promote. dalam slot-slot tu ada yang promote secara percuma dengan admin yang admin namakan autoswap Iklan di autoswap ni percuma tetapi iklan masuk dalam channel mereka. nak join autoswap kena ada syarat-syaratnya.

Manakala paid review ni pula adalah iklan berbayar. berbeza dengan autoswap, paid review ni pula iklan tak keluar dalam channel mereka. selain itu link channel mereka akan dipromosikan ke channel-channel yang dalam 50+ camtu. autoswap hanya 10+ channel je.

Jadi atas dasar inilah admin mahu menjaga kualiti kesemua channel-channel yang admin promote samaada autoswap atau paid review. Sebab admin tahu jika admin tidak menaikkan harga, akan ramai lagi orang yang akan sertai paid review kami.

Rata-rata yang sertai paid review admin akan memberi maklumbalas yang positif dan mereka berpuas hati dengan promosi paid review admin. sebab ape?

sebab admin bukan setakat promote paid review sahaja, tetapi admin akan bagi khidmat nasihat dan pengurusan (consultant) kepada channel-channel yang paid review dengan admin.

Admin ajar dari A to Z cara-cara supaya posting iklan/produk mereka agar lebih mantap dan berkesan dalam channel mereka. Selain itu, admin ada juga mengajar mereka dengan memberi video khas tutorial menggunakan robot di telegram.

Admin juga memantau channel-channel mereka dan memberi teguran sekiranya ada posting mereka yang tidak sesuai dengan teknik posting berkesan yang admin kongsikan pada mereka. Semua ni demi kebaikkan channel mereka dan sekiranya mereka tidak lagi melanggan paid review admin, mereka masih lagi menggunakan teknik itu sebab itu merupakan ilmu percuma yang admin kongsikan kepada mereka. semoga bermanfaat buat mereka pada masa hadapan.

Admin juga memberi analisa kenaikkan channel buat mereka sekiranya telah sampai due date/masa tamat paid review supaya mereka sendiri boleh membuat penilaian terhadap prestasi paid review admin pada mereka.

itulah  antara sebab admin menaikkan harga paid review admin. bukan mahu mengambil untung lebih tetapi bagi menjaga kualiti paid review admin. jika harga mahal, orang akan kurang paid review dengan admin, jadi list akan lebih berkesan, teratur dan berkualiti. Ini lebih baik daripada admin untung banyak tetapi hasil paid review kurang memuaskan. Admin hanya mahu apa yang mereka keluarkan (untuk paid review) ini berbaloi dan rezeki yang admin terima pun berkat dan halal. 🥰❤️

Sekian dari admin, jika mahu tahu info penuh berkenaan paid review, boleh menekan link INFO PAID REVIEW. Jazakallahu khayran. ❤️🥰