ZAKAT – ITULAH HARTA KAMU YANG SEBENARNYA

Zakat tidak mengurangkan harta bahkan menambahkan rezeki kamu tanpa kamu duga.

Mungkin dari segi “nilai wang” yang kamu keluarkan itu akan berkurang secara fizikalnya, namun dari segi “nilai rohani” kamu akan bertambah dari masa ke semasa.

Ada orang mengeluarkan zakat kerana memenuhi tuntutan agama.

Ada orang mengeluarkan zakat atas kerelaan diri masing-masing.

Ada orang mengeluarkan zakat kerana memenuhi tuntutan kemanusiaan

Ada orang mengeluarkan zakat kerana “disuruh atau dipaksa”

Ada orang mengeluarkan zakat kerana “kononnya akan menambahkan harta”

Apapun niat kamu. Itu terpulang antara kamu dengan Allah.

Berzakatlah, dengan berzakat maka kamu telah “berurusniaga” dengan Allah dengan satu perniagaan yang tidak akan rugi.

Berzakatlah, dengan berzakat maka kamu telah “memberi pinjam” kepada Allah dengan “pinjaman” yang mampu “dibayar” bahkan lebih diberikan oleh Allah diakhirat nanti.

Berzakatlah, dengan berzakat maka kamu telah “bermuamalah”, mengadakan “perjanjian” dengan Allah dengan satu “janji” yang Allah pasti tunaikan di akhirat nanti.

Berzakatlah, dengan zakat in shaa Allah menjadi asbab kamu ke syurga nanti.

Jazakallahu khayran. In shaa Allah, aamiin

@yhmarketing