KELEBIHAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Ingat tak masa awal2 lagi penubuhan YH Marketing, admin amat2 menekankan perniagaan agar mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM?

Hinggakan untuk promote channel yang berkaitan biz pun admin letak syarat mesti ada SSM?

Kalau tak cukup syarat baru kna paid review dan boleh join.

Pada 1hb yg lepas, kerajaan telah mengumumkan bantuan untuk Pengusaha Kecil Sederhana (PKS), sesiapa yang ada mendaftarkan perniagaan mereka sblm disember 2019, layak untuk mohon. Kalau mohon selepas tu tak layak mohon. Kerajaan bagi bantuan sehingga rm3000 one-off.

Untung pada mereka yang mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM.

Selain dari bantuan kerajaan (option kedua), perkara yg penting untuk mendaftarkan perniagaan dengan SSM adalah kerana untuk buat bank account

Semua transaksi bayaran boleh melalui bank account tersebut. Cuba fikir, jika client bayar dlm acc personal ke atau account syarikat yang lebih dipercayai? 😊

Selain dari itu, tujuan SSM adalah untuk daftar barcode.

Bagi yg berniaga runcit macam kerepek ke cookies ke, kalau nak pasarkan produk mereka kat kedai2, pasaraya mesti ada barcode. Untuk register barcode ni perlu ada SSM.

Kemudian tujuan SSM ni adalah untuk buat website.

Bila anda berniaga, ada website lagi mudah untuk anda pasarkan perniagaan anda. Ada website biasa, ada website e-commerce.

Itulah info sedikit sebanyak kenapa perlu ada SSM.

Akan datang admin akan share lagi info2 yg admin dah bg ni lebih detail ya 

All the best. Selamat maju jaya. Jazakallahu khayran

@yhmarketing

@yhmarketing

bangkit Berjaya Channel Daftar Inspirasi Kebahagiaan Kehidupan Kejayaan kekuatan Kelebihan motivasi Naik paid Perniagaan promote Rezeki Sabar semangat Subscribers untung Usaha zakat