KEBAHAGIAAN YANG DIIDAMKAN NAMUN PAHIT YANG DITERIMA

Manusia itu memang asal fitrahnya sukakan kebaikkan, sukakan orang buat baik kepadanya dan suka untuk menyebarkan kebaikkan.

Namun dalam memberikan kebaikkan, tak semua yang diterimanya berupa yang baik-baik belaka.

Ada masa Allah uji kita dengan derita, ada masa Allah uji kita dengan sengsara.

Kerana apa? Kerana kita lupa, bahawa Allah lebih sukakan kebaikkan melebihi apa yang kita suka.

Allah tahu apa yang kita perlu dan apa yang terbaik buat diri kita

Inilah dasarnya ujian yang diberikan buat kita bertimpa-timpa, tidak putus-putus dari satu ke satu ujian.

Namun dalam ujian, Allah telah berjanji bahkan mengulangi janjinya sekali lagi.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا – 94:5

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا – 94:6

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Ash-Sharh 94:5-6

Justeru itu, percaya dan yakinlah bahawa setiap ujian yang Allah beri hanya untuk menguatkan hati kamu, agar mampu menempuh dugaan dan cabaran yang mendatang.

Allah tidak menguji hamba-hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan dirinya itu sendiri.

Bersangka baiklah dengan Allah.

Sabar dan solat

Itulah kunci kebahagiaan yang hakiki

@yhmarketing

@yhmarketing
5/5