USAH KHUATIR UNTUK BERANGAN-ANGAN BESAR

Orang melayu kita biasa dengan pepatah “secupak tidak akan menjadi segantang” dan biasa dengan kehidupan seperti “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.

Sebenarnya ini semua tentang “mind set” diri kita sendiri.

Kenapa perlu risau dan khuatir untuk menyimpan angan-angan yang besar?

Kenapa perlu rasa lemah saat dugaan dan ujian tiba?

Kenapa perlu dengar dan terima bulat-bulat semua kritikan negatif terhadap diri kita?

Semuanya bergantung kepada “Niat atau nawaitu” diri kita sendiri.

Adakah kita mahu berjaya dan kaya sebab nak membuktikan sesuatu pada orang lain?

Adakah kita mahu berjaya dan kaya sebab kita mahu menjadi lebih baik dari orang lain?

Adakah kita mahu berjaya dan kaya sebab kita tidak mahu hidup susah?

Semua bergantung pada “Niat dan nawaitu” diri kita.

Bagi admin, berjaya dan kaya merupakan suatu pilihan. Kita boleh berjaya dan kaya bila-bila masa pun yang kita mahu.

Antara kita “Bersedia atau sebaliknya”?

Masyarakat melayu dahulu mereka ada satu budaya yang orang sekarang mungkin sudah tidak tahu atau lupa.

Mereka apabila berjaya dan kaya, mereka pasti akan “kerap” buat kenduri kendara

Buat majlis di sana sini, memanggil seisi kampung untuk berkongsi sama kejayaan dan kebahagiaan yang dirasai oleh mereka

Tujuannya hanya satu. Ingin turut bersama orang lain bahagia dan gembira. “Kebahagiaan dikongsi bersama”

Itulah konsep masyarakat melayu dahulu. Penuh dengan adab sopan dan tatasusila.

Tidak menunjuk-nunjuk kekayaan dan perhiasan, tidak berlebih-lebihan ketika makan dan santapan.

“Mereka terlihat miskin di mata tetapi kaya dijiwa”

“Hakikatnya merekalah orang yang paling kaya di kampung mereka”

Itulah konsep berjaya dan kaya masyarakat melayu dahulu yang kita boleh sama-sama mengambil iktibar.

Jadi tepuk dada tanya iman

Anda mahu berjaya dan kaya yang bagaimana?

Bak kata imam as-syafie “ketenangan hati terletak pada kurangnya kepentingan, kesenangan perut terletak dari kurangnya makan”

Sekian perkongsian admin berkaitan hakikat kejayaan. Semoga menjadi inspirasi buat anda semua.

Jazakallahu khayran. Semoga Allah memberkahi anda semua dengan seribu satu kebaikkan dan darjat yang tinggi dan mulia. In shaa Allah, aamiin 😘🌹

@yhmarketing