RISAU SUDAH KELUAR WANG PROMOTE CHANNEL UNTUK NAIKKAN SUBSCRIBERS TETAPI SUBSCRIBERS TIDAK NAIK

Keadaan ini kadang-kadang berlaku kepada channel yang admin promote. dalam 10 channel yang admin promote kebiasaannya akan ada dalam 1 ke 2 channel yang mempunyai masalah seperti ini.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku dan faktor utama adalah channel tersebut pernah “membeli subscribers dengan pakej servis telegram”

admin sebelumni selalu tekankan bahawa untuk naikkan channel, perlu atas usaha kita sendiri, inisiatif kita untuk kembangkan channel sendiri. pelanggan atau subscribers yang join channel kita itu nanti akan menjadi potential client kita pada masa hadapan.

jadi, usah terburu-buru dengan menggunakan jalan pintas naikkan subscribers dengan sekelip mata. memang ada pakej beli subscribers di luar sana. dia bayar rm10, dapat 500 subscribers, bayar rm30 dapat 1000 subscribers dan sebagainya.

jika dilihat dari segi amaun tu memanglah murah. tapi hakikatnya ANDA TELAH MEROSAKKAN CHANNEL ANDA SENDIRI

subscribers yang dibeli tu rata-ratanya terdiri dari international subscribers punya. bohong lah kalau kata tu dari malaysia punya. 

kalau beli international, pastu anda up produk anda dalam channel dalam bahasa melayu, dorang faham ke ape yang anda sampaikan? dan yang lagi malang, diorang on je phone, tiba2 diorang perasan yang ada channel tak berkenaan dalam phone mereka. so ape tindakkan dorang? mestilah leave channel.

jadi bila sudah leave channel, subscribers channel anda tu akan turun dan turun dari masa ke semasa. dan ada dari kalangan penjual ni akan kata “takpe, sekejap je turun, nanti dia akan maintain semula”

yang maintain semula tu tentulah dari akaun yang tak aktif. so korang perlu subscribers yang aktif ke atau yang tak aktif yang berada dalam channel korang tu? tentu yang aktif. jadi subscribers yang tak aktif tu korang akan remove demi menjaga kualiti channel anda. 

macam channel @yhmarketing, mana-mana subscribers yang tak aktif je admin remove. yang status status a long time ago atau status a month ago semua admin remove.

semua ni untuk menjamin channel yang admin buat ni merupakan channel yang aktif dan berkualiti. jadi tak peliklah kalau korang nampak channel ada kejap naik, ada kejap turun. itu biasa. yang luar biasa channel yang beli subscribers ni.

Jadi admin nasihatkan anda, mulakan perniagaan anda dengan jalan yang betul. usaha untuk naikkan channel anda dengan cara yang betul. ada pelbagai cara untuk naikkan subcribers dengan jalan yang betul.

antaranya openswap, openswap ni adalah anda promote channel anda dengan channel orang lain. anda kena hubungi mana-mana creator channel bagitahu boleh ke saya promote link channel saya dalam channel awak? nanti awak promote lah link channel awak dalam channel saya. itu namanya openswap.

openswap ni kena tgk hari. ada hari yang tertentu creator channel tu buat openswap ada hari takde. inilah cara manual yang korang boleh buat untuk naikkan subscribers korang. memang agak menyusahkan tapi dengan cara macamni sahaja subscribers channel anda akan meningkat.

selain tu cara adalah autoswap. autoswap ni yang macam admin buat. dia sama je macam openswap ni cuma admin sudah ada contact atau rangkaian channel yang bersetuju untuk admin promote link dalam channel mereka.

admin nak bagitahu, bukan mudah ya nak dapat contact atau rangkaian channel tu. masa mula-mula dulu admin selalu contact macam-macam channel nak promote channel admin ni.

ada yang block admin, ada yang tak layan message admin, ada yang marah, ada yang hina dan sebagainya. macam-macam yang admin kena dulu masa mula-mula nak bangunkan channel YH Marketing ni.

berkenaan autoswap ni, kalau korang nak join, bukan admin sorang je yang buat autoswap ni. ada banyak lagi channel yang buat jugak, ada tu yang percuma ada tu yang berbayar. dan macam-macam lagi.

tapi ada 1 masalah je. ada creator yang buat autoswap ni yang patuh pd syarat ada yang sebaliknya.

kadang janji nak promote jam 10, tapi tak promote, promote lewat, ada tu promote terlalu awal ada tu promote iklan lain dan sebagainya.

jadi bagi sesiapa yang join autoswap admin ni, sudah tahu bagaimana admin mengendalikan autoswap ni. just syarat admin tetapkan channel perlu 500 subscribers dan jika channel berkaitan perniagaan kena ada SSM.

kalau tak cukup syarat, contoh channel berkaitan perniagaan takde SSM dan subscribers pula kurang, boleh lah join pakej paid review pulak. berbayar.

tapi macam mana pulak kalau dah bayar tapi subcribers tak naik?

untuk perkara ni, admin janji admin akan tambah masa promote tu selama 15hb secara percuma tanpa sebarang bayaran. jadi takdelah rugi anda amik pakej paid review dengan admin.

sekian dari admin. selamat berpuasa. stay safe, stay at home. take care. Jazakallahu Khayran. in shaa Allah, aamiin 😊❤️

@yhmarketing

bangkit Berjaya Channel Daftar Inspirasi Kebahagiaan Kehidupan Kejayaan kekuatan Kelebihan motivasi Naik paid Perniagaan promote Rezeki Sabar semangat Subscribers untung Usaha zakat