PERNIAGAAN MERUPAKAN SATU JALAN YANG PANJANG TIADA PENGHUJUNG

Jika kita mahu berniaga, pastikan kita berniaga dengan bersungguh-sungguh. berniaga dengan jalan yang betul. kita mesti ada satu angan-angan yang besar barulah kita boleh berjaya.

Mulakan perniagaan anda dengan mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tak mahal pun, setahun baru RM60-RM90. terus buat untuk 3 tahun.

Dapat je SSM terus pergi Bank Rakyat, buka Akaun syarikat, hanya perlu modal RM1000 sahaja untuk buka akaun bank syarikat. dalam masa seminggu terus lulus. tak perlu ada premis perniagaan pun. alamat hanya daftar alamat rumah pun boleh.

Jika nak buka akaun bank di bank lain pun boleh cuma pada pendapat saya, bank rakyat lagi mudah urusannya. berbanding bank lain. bank lain ada tu kena ada premislah, introducer lah, kena berniaga setahun ke atas lah. macam-macam. tapi bank rakyat, asal ada SSM sahaja sudah boleh buka akaun bank.

kenapa perlunya SSM dan Akaun bank ni. Yang ni merupakan perkara basic atau asas untuk sesuatu perniagaan. anda tidak tahu, dalam masa berniaga, sedar atau tidak, perniagaan anda telah pun berkembang dan melebihi setahun ke atas. bahkan lebih.

Macam admin dulu, atas kesedaran inilah admin segera daftarkan perniagaan admin dengan SSM dan buka akaun bank. sedar tidak sedar, YH MARKETING sudah menjangkau hampir 3 Tahun penubuhannya!

admin pun tidak jangka boleh bertahan sebegini lama, semuanya rezeki yang Allah tetapkan. bila admin lihat SSM, Bank Statement syarikat, admin lagi bersemangat untuk berniaga.

setiap tahun admin akan nilai akaun bank syarikat admin, adakah tahun semasa lebih baik dari tahun lepas? jika tidak, something must improve.

kita tanamkan azam dan tekad untuk lebih maju ke hadapan lagi.

Jika anda sekarang buat dropship, anda cuba “upgrade” perniagaan anda kepada stokis, simpan stok banyak2 dan jual pada harga market.

jika anda sudah jadi stokis, cuba usaha untuk anda ada produk sendiri, brandingkan produk sendiri dan jual semula pada market. dengan cara ini perniagaan anda boleh bertambah maju dan maju lagi.

banyak sebenarnya yang boleh kita buat dengan SSM, antaranya kita boleh buat website sendiri atas nama perniagaan kita.

admin dalam proses sedang belajar cara buat website admin sendiri. rupanya banyak juga step-step yang perlu dibuat. tapi admin tidak putus asa dan terus usaha buat.

bila sudah ada website sendiri, automatik anda akan ada email sendiri. contoh sekarang ni, rata-rata perniagaan kecil-kecilan mesti guna google sebagai email, tak pun yahoo. cuba bayangkan jika anda ada email anda  sendiri.

jika dulunya yhmarketing12@gmail.com, selepas ada website dan email sendiri, anda sudah boleh guna admin@yhmarketing.my kan lebih nampak dipercayai dan lebih orang bertambah yakin dengan perniagaan kita.

itulah contoh yang admin boleh beri sebagai inspirasi anda untuk lebih berjaya. admin suka berkongsi info-info perniagaan pada semua tak kira admin kenal atau tak. bukan bererti admin ini bagus atau terbaik, tapi bila admin berkongsi, rupa-rupanya Allah bagi ilmu yang lebih diluar jangkaan admin. Alhamdulillah. jadi anda juga perlu berkongsi apa yang baik untuk semua orang di luar sana. jika yang kenal admin dari dekat, mereka tentu tahu dan kenal admin jenis yang tidak lokek ilmu perniagaan. moga dengan kebaikkan anda, dunia menjadi lebih baik lagi pada masa hadapan.

sekian perkongsian admin. jazakallahu khayran. in shaa Allah, aamiin 😘🌹

@yhmarketing